KUALA LUMPUR – Kumpulan rock popular Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), membuka zon baharu bagi kategori Tier 3 sempena konsert My Chemical Romance South East Asia 2026 yang bakal berlangsung di TM Stadium Nasional, kurang sebulan lagi.

Meredakan keresahan peminat band yang cukup dikenali menerusi lagu Helena itu, tiket tambahan terakhir konsert mega My Chemical Romance Live in Kuala Lumpur akan dibuka untuk jualan pada 22 Oktober 2026.

Perkara tersebut diumumkan penganjur, Hello Universe menerusi laman sosial GoLive Asia, sekali gus menafikan dakwaan ramai di gelanggang media sosial kononnya konsert berkenaan akan dibatalkan susulan kurang promosi meskipun menjelang 30 hari tarikh keramat persembahan.