KUALA LUMPUR: Misi memburu tiket ke final Piala FA menjadi keutamaan Selangor FC apabila pengendalinya, Kim Pan-gon menegaskan pasukan itu perlu membuat persiapan rapi bagi menghadapi aksi separuh akhir menentang Kuching City FC, Jumaat ini.
Pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu cukup penting buat skuad Gergasi Merah yang mahu memastikan impian melangkah ke pentas final terus menyala.
Pan-gon berkata, dia dan anak buahnya memiliki keazaman tinggi untuk mencapai sasaran itu, selain mahu menghadiahkan persembahan terbaik kepada penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan.
"Bagi kami, perlawanan ini sangat penting kerana kami mahu melangkah ke final. Kami mempunyai semangat dan keinginan yang tinggi untuk mencapai sasaran itu.









