Pada 21 Oktober 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Duta Besar Amerika Syarikat ke negara ini, Ronald D. Palmer menegaskan kerajaannya menganggap Malaysia sebagai sebuah ‘negara contoh‘ dalam usahanya membantu negara-negara sedang membangun lain di dunia.

Serentak dengan itu, Palmer turut mengumumkan bahawa kerajaannya sedang mengkaji kemungkinan menghapuskan keperluan visa bagi para pelajar dan pelancong Malaysia dan beberapa buah negara Eropah lain yang hendak memasuki Amerika Syarikat.

21 Oktober 1981 – Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamad Rahmat yakin bahawa penggunaan Bahasa Malaysia akan dapat diterima sebagai salah satu bahasa antarabangsa selaras dengan perkembangannya di rantau ASEAN.