LONDON: Lisandro Martinez dilapor bakal meninggalkan Manchester United pada penghujung musim ini sebagai sebahagian daripada usaha merombak benteng pertahanan di Old Trafford.
Martinez mencetuskan kontroversi awal bulan ini apabila mengkritik barisan pengurusan tertinggi United, termasuk pengarah bola sepak Jason Wilcox, selepas kekalahan mereka kepada Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara.
Dia kemudian memohon maaf dan diturunkan dalam kesebelasan utama ketika seri menentang Leeds United pada Ahad, namun nampaknya tempoh bersama kelab itu mungkin akan berakhir.
Menurut Daily Mail, pemain pertahanan itu telah disenaraikan untuk dijual oleh United, yang mahu memperkemaskan barisan pertahanan mereka menjelang musim depan.









