KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Bukit Rambai di Melaka merekodkan bacaan tertinggi 174.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) dua kawasan di Melaka turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Bandaraya Melaka (161) dan Alor Gajah (158).Sebanyak tiga kawasan di Negeri Sembilan juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Nilai (161), Seremban (158) dan Port Dickson (155).Selain itu, yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah lima kawasan di Selangor, iaitu Johan Setia (160) Klang dan Banting dengan masing-masing mencatatkan 159, Shah Alam (158) dan Petaling Jaya (157).Di Kuala Lumpur, dua kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Cheras (159) dan Batu Muda (158), manakala Putrajaya (158).Sementara itu, tujuh kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Batu Pahat (156), Larkin (155), Pasir Gudang dan Tangkak dengan masing-masing mencatatkan 152, Kluang (151), Segamat (133) dan Kota Tinggi (113) serta Paka di Terengganu (153).Sebanyak 39 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana di seluruh negara manakala hanya tujuh kawasan merekodkan bacaan tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama
22 kawasan di seluruh negara catat IPU tidak sihat

Key takeaways
22 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU tidak sihat, dengan Bukit Rambai di Melaka mempunyai bacaan tertinggi 174.
- Melaka mempunyai dua kawasan dengan IPU tidak sihat, iaitu Bandaraya Melaka dan Alor Gajah.
- Selangor mempunyai lima kawasan dengan IPU tidak sihat, termasuk Shah Alam dan Petaling Jaya.
- Johor dan Terengganu juga mencatatkan kawasan dengan IPU tidak sihat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Jerebu makin membimbangkan, 38 kawasan catat IPU tidak sihat
- Malaysiakini (BM) 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Malaysiakini (BM) 20 kawasan catat IPU tidak sihat, Johor tertinggi
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Sinar Harian 22 kawasan di seluruh negara catat IPU tidak sihat (this story)









