Kuala Lumpur: Kanak-kanak genius atau berkeupayaan intelektual tinggi berisiko mengalami tekanan psikologi apabila berasakan nilai diri bergantung kepada pencapaian akademik dan perlu sentiasa menjadi yang terbaik.
Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rahima Dahlan berkata, tekanan untuk mengekalkan pencapaian tinggi boleh menjadi beban psikologi, terutama apabila kanak-kanak sejak kecil dikenali sebagai genius', 'luar biasa' atau sentiasa menjadi yang terbaik.
"Apabila pujian dan perhatian terlalu tertumpu kepada kepintaran serta pencapaian, kanak-kanak boleh mula membentuk kepercayaan bahawa nilai dirinya bergantung kepada sejauh mana dia berjaya.









