SEPANG: Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada dua anggota polis di KLIA pada 28 September lalu.
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan itu membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Khairatul Animah Jelani selepas dua pertuduhan dibacakan.
Sebelum itu, dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadap Mohd Shuhaily mengikut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mohd Shuhaily diwakili beberapa peguam manakala, pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Shahrizat Ismail. – UTUSAN









