Kuala Lumpur: Tabung Haji (TH) akan menyusun semula giliran haji secara sistematik dan automatik berdasarkan tarikh pendaftaran bagi pendeposit yang sudah mencapai simpanan minimum RM15,000,bermula 1 Januari 2029.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hassan, berkata mengikut sistem giliran haji sebelum ini, seseorang yang baru mendaftar haji dan memasuki giliran perlu menunggu selama sekitar 150 tahun untuk mendapat tawaran menunaikan haji.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan anggaran semasa TH, pelaksanaan Seruan Istito'ah berpotensi mengurangkan lebih separuh tempoh menunggu daripada sekitar 150 tahun sekarang kepada tempoh dibawah 70 tahun.

"Angka ini adalah anggaran sahaja dan boleh berubah bergantung kepada jumlah pendeposit yang memenuhi syarat simpanan minimum ditetapkan, bilangan kuota haji rasmi Malaysia di masa hadapan serta perkembangan semasa terutamanya di Tanah Suci.