Paris: Bintang tenis Ukraine, Elina Svitolina, mengumumkan perpisahan dengan suaminya yang juga bekas pemain tenis Perancis, Gaël Monfils dengan alasan perang di negaranya memberi kesan mendalam terhadap emosi.
Elina, 32, yang menduduki ranking keenam dunia, berkongsi luahan hati menerusi hantaran di Instagram mengenai kesan konflik itu dan "apa yang telah dilakukan perang terhadap diri saya dari segi emosi".
"Ini perkara paling sukar pernah saya kongsikan," tulisnya sambil menjelaskan bahawa dia perlu mencari jalan untuk kembali mengenali dirinya sendiri.
Elina berkata dia merasakan tidak mampu melakukan perkara itu selagi masih meneruskan perkahwinan mereka.








