WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengarahkan agensi-agensinya menghentikan penggunaan peralatan ke­­cerdasan buatan (AI) daripada syarikat pemula China, DeepSeek, ketika kedua-dua negara bersaing untuk menguasai sektor yang berkembang pesat itu.

Notis Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mengumumkan larangan terhadap produk yang dibangunkan DeepSeek dan peralatan yang dihasilkan pihak ketiga menggunakan teknologi syarikat itu, dengan menyatakan semuanya mesti dikeluarkan daripada peranti teknologi maklumat (IT).

Jabatan itu boleh mengeluarkan arahan kepada agensi awam, tetapi bukan kepada pihak tentera atau perkhidmatan risikan.

Jabatan Pertahanan AS tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan ulasan AFP.