BUTTERWORTH - Keganasan terhadap wanita bukan hanya melibatkan penderaan fizikal atau kata-kata kesat, malah turut merangkumi keganasan ekonomi apabila pasangan mengawal kewangan sehingga mangsa tidak mempunyai wang untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kawalan kewangan sedemikian boleh menjejaskan kesejahteraan emosi mangsa, mencetuskan kemurungan serta mengganggu keharmonian rumah tangga termasuk memberi kesan kepada perkembangan anak-anak.Menurutnya, kesedaran mengenai pelbagai bentuk keganasan perlu dipertingkatkan supaya wanita mengetahui hak mereka, mengenal pasti penderaan yang dialami dan berani mendapatkan bantuan."Apabila seseorang wanita tidak diberikan wang untuk perbelanjaan rumah, perkara itu juga boleh menjadi satu bentuk keganasan melalui kawalan kewangan dan ekonomi."Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa berasa tertekan, tidak berpuas hati dengan pasangan dan akhirnya menjejaskan kehidupan seluruh keluarga," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Eliminate Violence Against Women (EVAW) Sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2026 di sini pada Selasa.Dalam perkembangan sama, Nancy berkata, keganasan terhadap wanita kini turut berlaku dalam ruang digital apabila teknologi disalahgunakan untuk mengugut, mengintip atau memalukan pasangan."Penyebaran kandungan digital sedemikian boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan berulang selain menjejaskan hubungan kekeluargaan, pendidikan, pekerjaan dan reputasi mereka."Sehubungan itu, kesedaran mengenai hak mangsa, saluran pelaporan dan bentuk bantuan yang tersedia perlu diperluas supaya masyarakat memahami bahawa keganasan tidak boleh dinormalisasikan," katanya.Nancy berkata, program kesedaran itu dilaksanakan sepanjang tahun di semua negeri dan tidak hanya tertumpu pada 25 November, iaitu tarikh sambutan Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita.Mengulas mengenai EVAW, beliau berkata, antara matlamat utama program berkenaan ialah membantu mangsa membina semula kehidupan melalui pemerkasaan ekonomi supaya mereka mampu berdikari khususnya selepas berhadapan keganasan rumah tangga atau perceraian.Tambahnya, mangsa turut diberikan pendedahan mengenai saluran bantuan, hak di sisi undang-undang serta sokongan yang tersedia bagi membolehkan mereka keluar daripada situasi penderaan."Kita mahu wanita tahu bagaimana mereka boleh membantu diri sendiri, membina semula keyakinan dan meyakinkan keluarga bahawa mereka mampu bangkit semula."Melalui program ini, kita bukan sahaja meningkatkan kesedaran tetapi turut membantu mereka mendapatkan sumber kewangan sendiri bagi menyara diri dan keluarga," ujarnya.Nancy berkata, peningkatan jumlah kes yang dilaporkan tidak semestinya menunjukkan keganasan semakin berleluasa sebaliknya boleh mencerminkan peningkatan kesedaran dan keberanian mangsa untuk tampil membuat laporan.Menurutnya, masih terdapat
Keganasan ekonomi turut jerat wanita, bukan hanya penderaan fizikal

Key takeaways
Keganasan terhadap wanita tidak hanya fizikal, tetapi juga ekonomi dengan kawalan kewangan oleh pasangan.
- Kawalan kewangan oleh pasangan boleh dianggap sebagai bentuk keganasan.
- Keganasan ekonomi menyebabkan tekanan emosi dan masalah dalam rumah tangga.
- Keganasan juga berlaku dalam ruang digital melalui penggunaan teknologi yang salah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) 'Lighad bukan liwat' - Wanita PKR adukan See-To pada polis
- Sinar Harian Keganasan ekonomi turut jerat wanita, bukan hanya penderaan fizikal (this story)








