Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Sazlina Safie menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Azhar Mohd Yusoff selepas pendakwaan berjaya membuktikan semua kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. (Gambar Facebook)KUANTAN: Bekas ketua polis Temerloh Mohd Azhar Mohd Yusoff dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen semua 46 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM69,600 antara 2019 hingga 2023.
Hakim Sazlina Safie menjatuhkan hukuman terhadap Azhar, 56, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, Sazlina membenarkan permohonan Azhar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga proses seterusnya.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4456456_182838.png&w=480&output=webp&q=85&we)

