KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan semua penjawat awam negara ini menghentikan penggunaan aplikasi navigasi Waze secara serta merta.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Ketua Setiasaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata dalam keputusannya, JKSN memutuskan larangan penggunaan aplikasi Waze yang berpangkalan di Israel dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

"Dalam hal ini, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan keputusan ini dimaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing termasuk agensi dan jabatan berkaitan untuk dilaksanakan segera," katanya menerusi surat edaran kepada semua ketua jabatan yang dilihat pihak media hari ini.