Anwar Ibrahim semalam berkata kerajaan galak orang ramai menggunakan aplikasi tempatan TuJu, berbanding Waze yang terikat di bawah undang-undang kerajaan Israel.PETALING JAYA: Anggota perkhidmatan awam dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze berkuat kuasa serta merta susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN).

Arahan itu terkandung dalam surat Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar bertarikh 20 Okt, yang ditujukan kepada ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan persekutuan, pengurusan badan berkanun persekutuan, setiausaha kerajaan negeri dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Menurut surat itu, keputusan melarang penggunaan Waze, yang disifatkan sebagai aplikasi navigasi 'berpangkalan di negara Israel', dibuat pada mesyuarat JKSN, semalam.