SEPANG – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain wajar dilepaskan dengan bon peribadi tanpa perlu membayar wang ikat jamin di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Peguam, Kitson Foong berkata, anak guamnya berstatus Orang Kena Saman (OKS) wajar dilepaskan dengan jaminan bon peribadi, bukannya melalui ikat jamin.Beliau berkata, sekiranya mahkamah memutuskan untuk mengenakan ikat jamin dengan seorang penjamin, jumlah RM1,000 bagi kedua-dua pertuduhan dianggap sebagai munasabah.Peguam tersebut memohon mahkamah agar tidak mengenakan syarat tambahan terhadap Mohd Shuhaily termasuk menyerahkan pasport atau melapor diri di balai polis.ARTIKLE BERKAITAN: Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamah"Anak guam telah berkhidmat selama 26 tahun, pernah berkhidmat sebagai ‘atase’ polis di Washington DC.Atase ialah pegawai yang ditugaskan kepada staf kedutaan, misi diplomatik atau agensi Kerajaan."Beliau juga merupakan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum menerajui AKPS."Mohd Shuhaily sama sekali tidak berisiko untuk melarikan diri malah beliau merupakan individu yang menjaga sempadan negara," katanya.Dalam pada itu, Kitson turut memohon supaya Mohd Shuhaily dikecualikan daripada menghadiri pengurusan kes berkenaan.Katanya, anak guam berjanji untuk mengikuti semua prosiding semasa perbicaraan kelak.Selain Kitson, OKS turut diwakili peguam, Datuk Rosal Azimin Ahmad, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Md Yunos Shariff, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Badruzzaman Ishak.Yaacob juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya kemudian berkata, perintah bon sudah mencukupi bagi memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah memandangkan kesalahan itu termasuk dalam pertuduhan yang boleh dijamin.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Shahrizat Ismail mencadangkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.Katanya, jumlah itu disifatkan munasabah namun menyerahkan budi bicara mahkamah berhubung permohonan pengecualian kehadiran Mohd Shuhaily di sepanjang pengurusan kes."Kami hanya meminta tertuduh tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret, Khairatul Animah membenarkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.Bagaimanapun, beliau menolak permohonan supaya Mohd Shuhaily dikecualikan kehadiran semasa pengurusan kes praperbicaraan.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 November depan.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seora
Mohd Shuhaily jaga sempadan, tidak perlu bayar ikat jamin - Peguam

Key takeaways
Peguam memohon agar Datuk Seri Mohd Shuhaily dilepaskan dengan bon peribadi tanpa bayar ikat jamin.
- Peguam Kitson Foong memohon lepaskan Mohd Shuhaily dengan bon peribadi.
- Jumlah ikat jamin RM1,000 dianggap munasabah jika diperlukan.
- Mohd Shuhaily berkhidmat selama 26 tahun sebagai atase polis di Washington DC.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Shuhaily didakwa di mahkamah esok - 'Inilah harga perbaiki sempadan'
- Utusan Malaysia Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah, mohon dibicara
- Malaysiakini (BM) Shuhaily mengaku tidak bersalah cederakan dua anggota polis
- Sinar Harian Mohd Shuhaily jaga sempadan, tidak perlu bayar ikat jamin - Peguam (this story)









