Presiden Wawasan, Hamzah Zainudin, seru penyokong bertenang susulan pembatalan pendaftaran PN.PETALING JAYA: Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyeru ahli dan penyokong parti-parti yang sehaluan dengan Perikatan Nasional (PN) supaya bertenang, susulan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia membatalkan pendaftaran PN.
Presiden Hamzah Zainudin berkata Wawasan menolak keputusan JPPM sepenuhnya, dan bersama 'parti-parti politik sahabat PN' akan mempertahankan hak melalui saluran undang-undang.
Awal hari ini, JPPM mengumumkan pembatalan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan dalam notis terdahulu.
Pembatalan ini menyusuli penggantungan semua kegiatan PN pada 23 Sept. Pada 13 Okt, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan PN mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar dua notis dikeluarkan JPPM, namun tidak membenarkan penangguhan sementara terhadap penggantungan aktiviti PN. Pendengaran permohonan penangguhan ditetapkan pada 22 Okt.






