Ketua Polis Perlis Hamzah Hashim berkata dua lelaki tempatan yang disyaki mempromosikan aktiviti pelacuran menerusi aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak turut ditahan.PETALING JAYA: Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan 16 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di Arau semalam.

Ketua Polis Perlis, Hamzah Hashim, berkata dua lelaki tempatan yang disyaki mempromosikan aktiviti pelacuran menerusi aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak turut ditahan dalam Op Noda pada 11.15 malam itu hasil siasatan serta risikan ke atas sebuah premis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.