KANGAR: Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket pelacuran melalui aplikasi media sosial dalam serbuan di sebuah premis di Arau, semalam.
Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata dalam serbuan Op Noda jam 11.15 malam itu, pihaknya menahan dua lelaki.
"Dua lelaki itu disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi MiChat dan mengeksploitasi mangsa secara seksual.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, selain Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan," katanya.








