Abu Bakar Hamzah pada Julai lalu meletak jawatan sebagai ahli MPT Bersatu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah enggan mengulas penggantungan keahliannya dalam Bersatu selama dua penggal pemilihan parti.
“Saya tak mahu komen buat masa sekarang,” katanya ringkas kepada FMT.
Terdahulu, Berita Harian melaporkan Pengerusi Bersatu Perlis Izizam Ibrahim mengesahkan Abu Bakar digantung keahlian berkuat kuasa 13 Okt, dengan surat memaklumkan keputusan itu dikeluarkan minggu lalu.
Surat bertarikh 14 Okt itu ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Mohd Radzi Manan dan memaklumkan penggantungan Abu Bakar yang juga ketua Bersatu Kangar.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2F05e0a9c36ccf595cc040a98df873d9ee.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)