Di bawah Belanjawan 2027, gaji minimum akan dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun depan, namun perniagaan dengan jualan tahunan di bawah RM50 juta akan dikecualikan daripada kenaikan itu.KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan kerajaan memberikan subsidi kepada perusahaan kecil selama tujuh bulan bagi membantu mereka membayar gaji pekerja mengikut kadar gaji minimum baharu RM2,000, berbanding mengecualikan mereka daripada kenaikan itu.
Ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata skim itu akan dimulakan dengan 500,000 pekerja di perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), dengan kerajaan menambah RM300 bagi setiap pekerja.






