VIDEO praperkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi Bella Astillah meraih lebih sejuta tontonan di media sosial ketika pasangan itu menghitung detik menuju hari bahagia mereka pada Sabtu.Menerusi perkongsian di Threads pada Jumaat, bekas Presiden MUDA itu meluahkan keterujaannya untuk menamatkan zaman bujang selepas hanya berbaki 38 jam sebelum melangkah ke alam rumah tangga."Seribu kenangan membawa saya menemui awak. 38 jam lagi sebelum mengakhiri zaman bujang. Lepas tu, bermulalah satu bab baru. Bukan lagi tentang ‘saya’, tapi ‘kita’," tulisnya.Video berkenaan mencatatkan 1,065,420 tontonan dan 81,600 tanda suka, sekali gus menarik perhatian pengguna media sosial menjelang perkahwinan pasangan itu.Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam majlis yang dihadiri keluarga serta kenalan rapat kedua-dua pihak.Pasangan itu mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober menerusi program televisyen baru-baru ini.Selain majlis pernikahan, mereka turut merancang menganjurkan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober bagi membolehkan orang ramai turut meraikan hari bahagia mereka.Syed Saddiq sebelum ini berkata, majlis berkenaan akan memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama meraikan perkahwinan mereka, termasuk menerusi tradisi rewang dan memasak bersama-sama.Majlis pernikahan pasangan itu dijadualkan berlangsung di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur pada 10 Oktober ini dengan konsep serba putih berunsurkan elemen Arab atau Islamik.
Video praperkahwinan Syed Saddiq, Bella raih lebih sejuta tontonan

Key points
- VIDEO praperkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi Bella Astillah meraih lebih sejuta tontonan di media sosial ketika pasangan itu menghitung detik menuju hari bahagia mereka pada Sabtu.
- Menerusi perkongsian di Threads pada Jumaat, bekas Presiden MUDA itu meluahkan keterujaannya untuk menamatkan zaman bujang selepas hanya berbaki 38 jam sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
- Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam majlis yang dihadiri keluarga serta kenalan rapat kedua-dua pihak.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- RAJA DANIA SAFIAH RAJA DAUD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Video praperkahwinan Syed Saddiq, Bella raih lebih sejuta tontonan (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FSyahirSulaiman1_254832.png&w=480&output=webp&q=85&we)
