KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempergiat kerjasama awam-swasta bagi menarik lebih banyak pelaburan, seterusnya mempercepat pembangunan infrastruktur dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Penganalisis Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mustaza Mansor, berkata kerjasama itu penting bagi mengurangkan kebergantungan pembangunan kepada peruntukan kerajaan, selain mengoptimum penyertaan sektor swasta.
Mustaza berkata, usaha kerajaan menjalin kerjasama dengan sektor swasta termasuk institusi perbankan menerusi skim pembiayaan serta syarikat dalam pembangunan pengangkutan awam, wajar diperluas.
Katanya, ia bagi mempercepat pelaksanaan projek pembangunan.






