TANJONG KARANG: "Belajar elok-elok, jaga adik-adik, jangan tinggal solat dan banyakkan berdoa agar diterangkan hati serta fikiran," itulah kata-kata terakhir guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Norawalysa Mat Talpi, 44, kepada anaknya sebelum dia maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Bukit Talang, Jalan Raja Musa, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dipandu guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bestari Jaya itu merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di bahu kiri jalan kerana tayar pecah.
Turut terkorban, dua anak Allahyarham, Auni Syazana Suhaimi, 12, dan Ahmad Syah Fawwaz, 8.
Seorang lagi mangsa, Ahmad Syah Fitri, 10, cedera di bahagian kepala.






