KUCHING: Seorang guru cedera ketika cuba merampas objek tajam dibawa seorang pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah antarabangsa di sini, pagi tadi.

Menurut notis pihak sekolah kepada ibu bapa, penjaga, kakitangan dan pelajar, kejadian berkenaan insiden terpencil dan tiada kecederaan lain dilaporkan.

Dalam kejadian itu, pelajar terbabit berjaya dikawal sebelum dibawa ke Pejabat Pengetua untuk diletakkan di bawah pengawasan pihak sekolah.

Polis kemudian tiba di sekolah dan mengambil alih pengendalian kejadian, manakala ibu bapa pelajar berkenaan turut dihubungi pihak sekolah.