Rantau Panjang: Tindakan remaja perempuan membuka dawai concertina atau kawat berduri di pangkalan haram bagi menyelinap masuk ke negara ini membawa padah apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.
Dalam kejadian 7.20 malam di pengkalan haram Parking, di sini, remaja berusia 18 tahun itu dikesan menaiki perahu dari Thailand, sebelum bertindak membuka sendiri dawai concertina yang dipasang pihak berkuasa untuk memasuki Malaysia.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, tangkapan dilakukan Batalion 9 menerusi Op Taring Wawasan itu selepas pihaknya melakukan pemerhatian di lokasi sebelum menyedari pergerakan perahu berkenaan.
"Remaja itu dilihat membuka dawai concertina di tebing sungai untuk memasuki negara ini.










