SINGAPURA: Oversea-Chinese Banking Corporation Ltd (OCBC) akan menawarkan kemudahan menyimpan ringgit dalam akaun simpanan berbilang mata wangnya mulai 23 Oktober 2026.

Langkah itu menjadikan OCBC bank bukan Malaysia pertama yang membolehkan pelanggan menyimpan ringgit dalam akaun simpanan peribadi di Singapura.

OCBC dalam satu kenyataan berkata, pelanggan boleh menukar dolar Singapura kepada ringgit pada kadar pertukaran kompetitif tanpa caj tersembunyi atau margin tambahan tinggi.

Kemudahan itu ditawarkan menerusi OCBC Global Savings Account dan Premier Global Savings Account.