KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mempergiat usaha mengintegrasikan syarikat tempatan ke dalam rantaian bekalan tenaga boleh baharu (TBB).

Usaha itu dilaksanakan menerusi program khusus yang menterjemahkan pelaburan hijau kepada peluang perniagaan secara langsung untuk syarikat domestik.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pelaburan) MIDA, Zuaida Abdullah, berkata Program Rantaian Bekalan TBB diadakan bersempena Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau serta Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2026.

Program berkenaan menghubungkan pengilang dan penyedia perkhidmatan Malaysia dengan syarikat peneraju strategik.