Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup diberi taklimat daripada pempamer di Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2026, baru-baru ini.KUALA LUMPUR: Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2026 membuka mata pengunjung mengenai kepentingan amalan mesra alam, selain memberi pendedahan kepada pelbagai inovasi yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
Pameran itu bukan sekadar memperkenalkan teknologi hijau, malah memberi peluang kepada masyarakat memahami kepentingan kelestarian alam sekitar, termasuk penggunaan tenaga boleh baharu dan amalan kitar semula.
Penjawat awam Hajjar Hashim, 38, berkata kunjungannya ke IGEM 2026 memberi pengetahuan baharu mengenai perubahan iklim dan teknologi hijau yang boleh dipraktikkan di rumah serta tempat kerja.







