BENTONG: Satu video tular yang menunjukkan pelajar bergaduh di luar sebuah sekolah di sini, disahkan berlaku pada Jun lalu diklasifikasikan oleh polis sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintenden Azmi Mahmod, berkata klip video berdurasi 31 saat itu kembali tular di Facebook, semalam, menunjukkan beberapa pelajar dan orang dewasa terbabit dalam pergaduhan berkenaan.
"Kejadian pada 16 Jun lalu selepas bapa mangsa membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya dipukul dan diugut oleh dua remaja di hadapan sebuah sekolah.
"Polis menahan dua remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun pada hari sama. Mereka direman selama dua hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 18 Jun lalu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.






