Tangkap layar video memaparkan pergaduhan antara beberapa pelajar dan mangsa.PETALING JAYA: Polis Pahang mengklasifikasikan kes dua pelajar bergaduh dengan seorang lelaki di luar sebuah sekolah di Bentong Jun lalu tiada tindakan lanjut (NFA) selepas bapa mangsa menarik balik laporan dibuatnya.

Pemangku Ketua Polis Bentong, Azmi Mahmod, berkata bapa mangsa berusia 38 tahun membuat laporan pada 16 Jun lalu mendakwa anaknya dipukul dan diugut dua pelajar.

Polis kemudian menahan dua pelajar itu yang berusia 15 dan 16 tahun pada hari sama bagi membantu siasatan.

Kedua-duanya direman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.