Timbalan Menteri Besar Fadzli Hassan kata kerajaan Kelantan akan memilih 'pendekatan terbaik' berhubung kedudukan Adun Ayer Lanas, Kamaruddin Nor, sebagai exco.PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan akan memilih pendekatan terbaik berhubung kedudukan exco daripada Bersatu, di sebalik gesaan supaya kedudukan mereka dikaji semula.
Timbalan Menteri Besar Fadzli Hassan berkata kerajaan Kelantan sedang mengikuti perkembangan di peringkat pusat dan negeri.
"Kita akan melihat pilihan yang ada dan memilih pendekatan terbaik," katanya kepada FMT.
Bersatu mempunyai seorang exco dalam pentadbiran Nassuruddin Daud, iaitu Adun Ayer Lanas, Kamaruddin Nor, yang memegang portfolio pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan.







