KUALA LUMPUR: Dagangan saham Eonmetall Group Bhd (EGB) di Pasaran Utama Bursa Malaysia akan digantung mulai 9 pagi, 4 November 2026.
Eonmetall dalam satu kenyataan berkata, penggantungan itu akan berterusan sehingga saham EGB dinyahsenaraikan daripada senarai rasmi Bursa Malaysia.
Langkah berkenaan menyusuli penyempurnaan pelaksanaan pengurangan modal terpilih (SCR) syarikat.
"Berikutan itu, hari terakhir dagangan saham EGB di Pasaran Utama sebelum penggantungan akan berakhir pada 5 petang, 3 November 2026," katanya.









