SAINT PETERSBURG: Russia akan menghantar 40,000 tan bahan api diesel ke Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh dua hingga tiga hari, kata Presidennya, Vladimir Putin, hari ini, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Kapal tangki pertama akan berlepas dalam tempoh dua hingga tiga hari dengan membawa 40,000 tan dan kapal-kapal lain akan menyusul satu demi satu," kata Putin pada satu pertemuan dengan utusan khas AS, Steve Witkoff.

Russia kini sedang membuat persiapan untuk menghantar beberapa lagi kapal tangki yang dimuatkan dengan bahan api diesel di bawah perjanjian dengan Presiden AS, Donald Trump.

"Susulan pengumuman daripada kedua-dua pihak berhubung penghantaran ke AS, harga diesel global serta-merta turun antara lima hingga enam peratus.