KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengarahkan semua ketua jajahan di Pejabat Tanah dan Jajahan setiap daerah supaya mengumpulkan data berkaitan etnik Rohingya di seluruh negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah, berkata usaha pengumpulan data itu penting bagi membolehkan pihak berkuasa memperoleh jumlah yang sebenar sebagai langkah persediaan bagi menangani sebarang isu membabitkan komuniti berkenaan.
Katanya, setakat ini, pihaknya hanya mendapat maklumat ada lebih 300 penduduk etnik Rohingya daripada hampir 80 keluarga dikesan menetap di Tanah Merah.
"Perkara itu turut mendapat perhatian susulan kewujudan ladang sireh seluas lebih dua hektar yang dipercayai diusahakan oleh etnik Rohingya di Kampung Padang Guchil sejak beberapa tahun lalu, sekali gus menimbulkan keresahan dalam "kalangan penduduk setempat.








