Shahril Hamdan berkata, Malaysia memerlukan strategi lebih jelas untuk memanfaatkan sepenuhnya ekonomi AI.PETALING JAYA: Malaysia masih tidak mempunyai strategi jelas memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) bagi mentransformasikan ekonominya serta menambah baik penyampaian perkhidmatan kerajaan, kata bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan.

Shahril berkata, peruntukan Belanjawan 2027 bagi penggunaan AI kurang memperincikan bagaimana pembiayaan itu akan diterjemahkan kepada hasil yang bermakna kepada perniagaan dan ekonomi secara menyeluruh.

Beliau berkata, bajet itu merangkumi 100,000 langganan AI percuma untuk golongan belia pada tahun hadapan serta RM30 juta di bawah dana pemerkasaan AI diuruskan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi membantu 4,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengguna pakai AI.