TELUK INTAN: Impian seorang pesara meraih keuntungan berganda menerusi pelaburan forex bertukar mimpi ngeri apabila kerugian RM132,590 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tersebut.
Difahamkan, sebahagian wang yang dilaburkan mangsa untuk pelaburan itu diperoleh daripada hasil jualan rumah miliknya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 19 Oktober lalu.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 73 tahun itu diperkenalkan kepada skim pelaburan berkenaan oleh seorang kenalan yang menjanjikan pulangan lumayan.









