SELAMA lebih dua dekad, pembangunan negara bukan sekadar diukur melalui pertumbuhan ekonomi atau pulangan pelaburan, tetapi juga sejauh mana manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat.Dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar, pelaburan terhadap pembangunan modal insan menjadi antara pemacu utama untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kemahiran, akses kepada pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih sejahtera.Berlandaskan aspirasi tersebut, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) terus memainkan peranan sebagai dana kekayaan berdaulat negara yang bukan sahaja menjana nilai ekonomi, malah membina keupayaan rakyat Malaysia secara menyeluruh.Menerusi pelbagai inisiatif seperti K-Youth serta program yang dilaksanakan Yayasan Khazanah dan Yayasan Hasanah, Khazanah membuka lebih banyak peluang kepada anak muda, pelajar serta komuniti untuk meningkatkan kemahiran, melanjutkan pendidikan, memperoleh pekerjaan berkualiti dan memperkukuh taraf hidup mereka.Komitmen berterusan ini selari dengan konsep Menaikkan Lantai (Raising the Floor) di bawah Ekonomi MADANI, yang menekankan perluasan akses rakyat kepada peluang ekonomi, pembangunan kemahiran, pekerjaan berkualiti dan pendapatan yang lebih baik.Hasilnya bukan sekadar melahirkan individu yang lebih berdaya saing, malah membina komuniti yang lebih berdaya tahan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara mampan.Inilah legasi yang telah dibina Khazanah sejak lebih 20 tahun lalu, melabur bukan sahaja untuk pertumbuhan negara, tetapi juga untuk masa depan rakyat Malaysia.Pelaksanaan yang tersusun dan penuhi keperluan industriBagi kebanyakan ibu bapa, kebimbangan terbesar selepas anak menamatkan pengajian ialah sama ada mereka mampu memperoleh pekerjaan yang sesuai.Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, peluang pekerjaan bukan sekadar memberi pendapatan, malah menjadi asas kepada kehidupan yang lebih stabil.Justeru, usaha membimbing anak muda kepada pekerjaan berkualiti perlu dilaksanakan secara tersusun melalui latihan yang benarbenar memenuhi keperluan industri.Pendekatan tersebut diterjemahkan menerusi Program K-Youth yang menawarkan laluan jelas kepada belia untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.Youth menawarkan tiga laluan berbeza bagi memenuhi keperluan pembangunan yang berbeza.Accelerate membantu graduan menganggur memasuki alam pekerjaan melalui latihan berasaskan industri.Nurture pula menyediakan pelajar universiti lebih awal melalui pendedahan industri, pembangunan kemahiran dan persediaan kerjaya.Optimise memperkukuh keupayaan institusi pendidikan supaya lebih selari dengan keperluan industri.Program ini menyediakan latihan tanpa sebarang yuran, elaun sepanjang tempoh latihan serta penempatan bersama majikan dalam sektor strategik seperti semikonduktor, digital, penyelenggaraan dan penerbangan. Latihan yang disediakan dirangka mengikut kehendak industri supaya peserta memiliki kemahiran yang benar-benar diperlukan oleh majikan.Sejak dipe