HULU SELANGOR: Sebuah premis makanan di Sari Alamanda, Sungai Choh, di sini diarahkan tutup oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) susulan tahap kebersihan tidak memuaskan.

Arahan penutupan itu dikeluarkan kelmarin selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan melakukan beberapa ketidakpatuhan serius membabitkan aspek kebersihan dan keselamatan makanan.

"Pemeriksaan mendapati kawalan haiwan perosak di premis terbabit tidak berkesan sehingga menyebabkan kehadiran lipas dalam jumlah banyak, selain peralatan memasak dan penyediaan makanan didapati kotor.

"Keadaan lantai dapur turut mencetuskan kebimbangan apabila terdapat takungan air dan sisa makanan, manakala ruang penyimpanan didapati berhabuk serta tidak teratur," katanya, semalam.