Batu Maung: Dua premis tanpa lesen kendalian warga asing di Permatang Damar Laut, di sini, dikenakan tindakan sitaan dalam Op Tegas oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jumaat lalu.

MBPP dalam kenyataannya memaklumkan operasi itu membabitkan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaannya dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awamnya.

"Op Tegas yang dijalankan 8.30 malam itu dilakukan terhadap premis kedai makanan dan minuman serta kedai gunting rambut yang didapati beroperasi tanpa lesen sah.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiga warga asing berada di premis kedai makanan dan minuman, manakala seorang lagi warga asing menguruskan operasi kedai gunting rambut," katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.