yusri.muzamir@bh.com.my
Kuala Lumpur: Semua premis Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di lokasi mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 180, diarahkan tutup mulai hari ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, premis KAFA kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 berdasarkan catatan Jabatan Alam Sekitar, selama tiga hari berturut-turut pula perlu ditutup, mulai Isnin ini.
Justeru katanya, premis KAFA terjejas dengan penutupan itu perlu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) dengan kaedahnya hendaklah bersesuaian dan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesediaan guru KAFA.









