Jakarta: Polis Indonesia menahan empat suspek, termasuk tiga pegawai syarikat perkapalan, berhubung kemalangan feri KM Virgo Transport 8 yang mengorbankan puluhan nyawa dan menyebabkan ramai masih hilang di perairan Kalimantan Selatan bulan lalu.
Ketua Biro Penerangan Awam Polis Negara Brig Jen Trunoyudo Wisnu Andiko berkata suspek terdiri daripada nakhoda feri yang ditahan sejak 25 September serta tiga pegawai PT Virgo Karya Shipping, pengendali feri berkenaan, yang ditahan pada 4 Oktober.
"Siasatan bukan sahaja ditumpukan kepada mereka yang mengendalikan kapal secara langsung, tetapi turut meneliti penglibatan pegawai syarikat apabila terdapat bukti yang menunjukkan kemungkinan penyertaan atau bantuan mereka dalam kemalangan itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.








