Paris: Perintah berkurung yang dilaksanakan di seluruh Perancis berikutan rusuhan dan penjarahan di Paris serta kawasan lain berjaya meredakan keadaan, kata Perdana Menteri Sébastien Lecornu pada Selasa, sambil menambah bahawa langkah berkenaan akan dilanjutkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perintah berkurung bersasar itu membantu malam berlalu dengan tenang, kata Lecornu pada sebelah pagi.
"Malam ini, perintah berkurung baharu akan dilaksanakan di kawasan yang memerlukan," katanya sambil menjelaskan bahawa keputusan berkenaan akan dibuat di peringkat tempatan oleh wakil kerajaan pusat dengan perundingan bersama datuk bandar.
Pihak polis dan 'gendarmerie' tidak melaporkan sebarang insiden luar biasa di kawasan terjejas, lapor BFMTV yang memetik kenyataan pihak berkuasa.






