Tawau: Wanita maut akibat tersepit selepas kereta dipandunya terbabas melanggar pokok di Bulatan Airport Lama, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.29 pagi, mangsa berusia 21 tahun yang memandu Perodua Myvi tersepit di bahagian pemandu, manakala seorang penumpang turut dilaporkan cedera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian balai pada jam 2.29 pagi.
Beliau berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera dan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) kemudian digerakkan ke lokasi sejauh empat kilometer.






