MACHANG: Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Axia yang dipandunya dirempuh sebuah treler di Kilometer 4.7 Jalan Machang-Tanah Merah, berhampiran persimpangan lampu isyarat Wakaf Bata, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, mangsa yang berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor berkata siasatan awal mendapati treler jenis Volvo yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun dari arah Tanah Merah menghala ke Machang.

"Treler berkenaan dipercayai melanggar lampu isyarat merah di persimpangan terbabit sebelum merempuh bahagian sisi kanan kereta Perodua Axia yang sedang bergerak dari arah Padang Kelupang menuju ke Tanah Merah.