TAWAU: Wanita maut akibat tersepit selepas kereta dipandunya terbabas melanggar pokok di Bulatan Airport Lama, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi, mangsa berusia 21 tahun yang memandu Perodua Myvi tersepit di bahagian pemandu, manakala seorang penumpang turut dilaporkan cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.29 pagi.

Di lokasi Bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang terbabas sendiri sebelum melanggar sebatang pokok.