Songkhla: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) merancang memperketat syarat kepada lelaki yang ingin berpoligami bagi memastikan pernikahan itu memberi manfaat kepada semua pihak.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Izizam Ibrahim Adi berkata, antara syarat itu adalah kemampuan daripada segi pemberian nafkah kepada semua isteri.
Beliau mengakui urusan pernikahan kepada mereka yang ingin berpoligami adalah lebih mudah di Perlis berbanding negeri-negeri lain yang mengenakan syarat ketat termasuk memperoleh kebenaran isteri pertama.
"Untuk nikah di Perlis mudah kerana kami ada fatwa mengenai pemastautin. Sesiapa saja yang boleh membuktikan tinggal melebihi lima hari di negeri ini, akan dianggap pemastautin.






