PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee atas kejayaan beliau tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.

Anwar berkata, pengiktirafan yang diterima Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu, malah turut mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Tahniah dan syabas kepada Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee atas kejayaan tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anwar berkata, beliau turut berharap kejayaan berkenaan dapat terus menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuh tradisi penyelidikan dalam kalangan ilmuwan negara.