PEMBENTANGAN Belanjawan 2027 bernilai RM510 bilion bukan sekadar terletak pada ‘saiz angka’ yang diumumkan, melainkan bagaimana angka tersebut menterjemahkan impak nyata kepada poket dan keharmonian hidup rakyat.

Dalam pengurusan kewangan awam, kecekapan belanjawan boleh dilihat menerusi tiga tiang utama: Input, output, dan outcome.

Input merujuk kepada modal wang ringgit yang diperuntukkan seperti angka RM510 bilion yang diumumkan.

Output ialah sasaran fizikal yang berjaya disiapkan atau diagihkan, contohnya bilangan penerima bantuan, jumlah peserta latihan, atau bilangan projek yang selesai.