DARIPADA perspektif pentadbiran awam dan pembangunan, belanjawan ialah pernyataan keutamaan negara, iaitu siapa mahu dibangunkan, kapasiti apa mahu diperkuat dan bentuk masyarakat bagaimana mahu diwariskan kepada generasi seterusnya.
Atas ukuran ini, Belanjawan MADANI 2027 dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperlihatkan satu keberanian wajar diberikan perhatian. Ia bukan sekadar belanjawan besar, bahkan 'Belanjawan Bertaring' yang berani membuat pilihan, mengutamakan pembangunan manusia dan meletakkan pendidikan sebagai instrumen utama transformasi negara.
Dalam dunia berubah pantas akibat kecerdasan buatan (AI), automasi, persaingan bakat dan perubahan struktur pekerjaan, kekayaan sesebuah negara tidak lagi hanya ditentukan sumber asli atau modal fizikal.








