BELANJAWAN 2027 memperlihatkan satu paradoks penting dalam politik dasar awam, iaitu semakin besar skala intervensi kerajaan, tidak semestinya semakin besar pula sokongan politik terhasil daripadanya.

Beberapa hari selepas pembentangan, muncul persepsi negatif seperti 'belanjawan pilihan raya', 'gula-gula politik', keraguan terhadap pelaksanaan dan persoalan, sama ada langkah diumumkan benar-benar mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Fenomena ini tidak semestinya menunjukkan penolakan sebahagian rakyat terhadap kandungan Belanjawan 2027. Sebaliknya, ia mungkin lebih tepat untuk dilihat sebagai satu jurang antara prestasi dasar, persepsi ekonomi dan kepercayaan politik.

Sekurang-kurangnya enam kerangka teori dapat membantu dalam menjelaskan mengapa jurang ini berlaku.